
Qurban Yaman AidilAdha 2025
Mari Kita Berqurban Bersama Richwell pada Aidiladha 2025!
Ibadah Qurban adalah amalan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, atau unta sebagai tanda ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sempena memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang bersedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., demi melaksanakan perintah Allah SWT. Namun, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kibas sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya.
Ibadah Qurban adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menunjukkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan.
Pada Aidiladha 2025 ini, Richwell mengajak anda semua untuk turut serta dalam program Qurban kami. Dengan menyumbangkan melalui Richwell, anda bukan sahaja melaksanakan tuntutan agama, tetapi juga menyebarkan kebaikan dan membantu golongan yang memerlukan.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]