
Kita Bantu Sesama Kita,
Usahawan Bangkit Menyumbang
Sedih bila melihat keadaan yang berlaku ketika ini.
Ramai yang terjejas ekoran pandemik hingga ada hilang kerja, bisnes ditutup, tak boleh berniaga dan lain-lain lagi
Inilah realitinya hingga terdapat inisiatif daripada komuniti sendiri untuk kibarkan bendera putih sebagai tanda yang mereka betul-betul perlu bantuan pada waktu ini.
Kami sebak bila melihat keadaan ini dan terpanggil bersama-sama bangsa usahawan untuk hulurkan bantuan agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang terjejas.
Kami memberi bukan kerana kami mampu tapi kerana kami tahu bagaimana rasanya tidak punya apa-apa.
RichWorks akan bergabung dengan bangsa usahawan melalui RichWell untuk mengumpul sumbangan kilat agar dapat bantu sesama kita terutama keluarga yang terjejas.
Marilah kita bantu sesama kita, kita jaga kita. Hulurkan sumbangan semampunya, moga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan dan kesusahan yang dirasai waktu ini.
Kami sasarkan mengumpul sumbangan sebanyak RM1 juta bagi bantu kira-kira 10,000 keluarga yang terjejas.
Ayuh bersama kami untuk menyumbang buat keluarga-keluarga terkesan ketika tempoh mencabar ini.